Monday, March 25, 2024
Pengenalan Diri
Latar Belakang Daerah Sik
Dalam melengkapkan kajian saya iaitu Sejarah Sosioekonomi di Daerah Sik, kaedah wawancara dijalankan bersama dua orang sumber iaitu Yang Berhormat Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Puan Karmila binti Khalib iaitu Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Sik. Menurut pendapat kedua-dua informan tersebut, daerah Sik berasal daripada perkataan “Syed” atau “Syeikh” yang datang daripada Arab. Kedua-dua pendapat tersebut disokong melalui buku yang dikarang oleh Ahmad Zaharuddin yang berjudul Sejarah Kedah Dua Millenia iaitu keluaran 2016 oleh UUM Press. Para mubaligh berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan Kompleks Perniagaan Alamanda (bekas tapak Shell), di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Menurut Puan Karmila (2024), daerah Sik berkeluasan 166473.59 hektar. Secara ringkasnya, keluasan Sik terbahagi kepada 4 mukim iaitu Mukim Sik, Mukim Sok, Mukim Jeneri dan Mukim Teloi.
![]() |
Gambar 1.0: Puan Karmila binti Khalid (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 2.0: Yang Berhormat Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya (Sumber: Koleksi persendirian) |
Sosioekonomi di Daerah Sik
Dari segi sosial, dapat dilihat majoriti masyarakat Melayu yang paling ramai di daerah Sik. Diikuti dengan masyarakat Siam dan Cina. Bagi masyarakat India kurang. Kebanyakan masyarakat Cina tertumpu di Pekan Batu 5 kerana mempunyai banyak kedai untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti perniagaan. Agama yang dominan di daerah Sik ialah agama Islam. Kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, internet dan bekalan air yang diuruskan oleh Pejabat SADA Daerah Sik. Keistimewaan daerah Sik ialah kurangnya pencemaran seperti kesesakan lalu lintas kerana Sik masih lagi membangun. Bagi menjaga kebajikan penduduk di daerah Sik, mahkamah turut dibina dan proses tersebut masih berlangsung. Penduduk Sik diibaratkan persis peribahasa Melayu “muafakat membawa berkat” iaitu saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti gotong-royong mengikut kawasan setempat.
Daerah Sik dikatakan sebagai bumi pertanian. Hal ini disokong dengan pendapat YB Uztaz Tarmizi (2024) dengan mengatakan Sik mempunyai geografi yang luas iaitu kawasan yang diliputi oleh bukit-bukit dan hutan-hutan serta tanah pamah serta dengan aktiviti pertanian seperti penanaman getah. Buktinya dalam Sinar Harian Sik menjadi pengeluar utama bagi lateks yang terbesar yang berkeluasan 7381 hektar di Malaysia selepas daerah Baling (Siti Zubaidah, 2021). Maka, tidak hairanlah pendapat yang diutarakan oleh YB Ustaz Tarmizi & Puan Karmila (2024), pekerjaan utama penduduk di daerah Sik ialah penoreh getah. Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam dan udang turut dijalankan. Penaman kopi iaitu Robusta di Keda Agrobiz juga menjadi kegiatan ekonomi yang berjaya memenuhi permintaan pasaran serta diiktiraf oleh kerajaan. Penggunaan tanah yang ada digunakan secara optima tetapi terdapat hutan-hutan seperti Hutan Lipur Lata Embun dan Hutan Simpan Ulu Muda yang dijaga untuk keseimbangan alam semula jadi. Agropelancongan turut bergiat aktif seperti di Tasik Beris.
![]() |
Gambar 3.0: Pekerjaan penduduk di daerah Sik (Sumber: DOSM (2022)) |
Sosioekonomi Dahulu dan Kini
Menurut Puan Karmila (2024), infrastruktur semakin hari semakin dibaik pulih. Adanya kedai-kedai dan pasaraya dibina untuk menambahkan peluang pekerjaan. Rancangan Tempatan, Pelan Pembangunan Pekan Batu 5, Pelan Pembangunan Desa Jeneri dan Gulau yang ditubuhkan untuk memberi cadangan untuk kemudahan awam. Misalnya, di Pekan Sik terdapat stadium mini, dewan serbaguna, taman awam dan pejabat-pejabat kerajaan. Menurut beliau lagi, dari aspek ekonomi, peluang pekerjaan semakin bertambah apabila adanya pemaju yang melaksanakan projek-projek pembangunan.
Isu-isu yang Berlaku
Antara isu yang berlaku dari segi aspek sosial ialah masalah jaringan internet. Tidak semua kampung mendapat liputan internet atas faktor-faktor tertentu. Namun begitu, bagi menangani masalah tersebut, adanya pelbagai usaha yang dijalankan. Manakala, dari segi ekonomi tingkat pengeluaran meningkat tetapi kebanyakan potensi ekonomi berfokuskan kepada penanaman getah. Isu harga getah dan faktor cuaca menjadi masalah dalam hal ini. Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh YB Ustaz Tarmizi iaitu masalah sosial yang berlaku ialah keciciran pendidikan. Beliau mengatakan menurut data yang diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sik, masalah keciciran pendidikan semakin rendah tetapi beliau meletakkan target agar anak muda melanjutkan pelajarannya sekurang-kurang hingga ke Tingkatan 5. Misalnya, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik (SMK Sik) iaitu Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan perkembangan sosioekonomi di daerah Sik semakin rancak pertumbuhannya. Walaupun pertumbuhan sosioekonomi agak lambat, tetapi daoat dilihat perubahannya dari dahulu sehinggalah kini. Sik diibaratkan sebagai “bumi pertanian” yang menjadi keistimewaan dan keunggulan kepada orang-orang luar. Asal usul Sik yang sudah wujud sejak dari dahulu lagi harus dikaji dan dimartabatkan agar masyarakat dapat mengenali Daerah Sik. Di manakah Sik? Apakah yang terdapat di sana? Persoalan-persoalan tersebut timbul di pemikiran masyarakat luar, maka kajian yang dijalankan di daerah Sik perlu diketengahkan.
Lampiran
Video 1.0: Wawancara bersama YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya
Video 2.0: Wawancara bersama Puan Karmila binti Khalib
![]() |
Gambar 1.0: Syarikat SADA untuk pengurusan air (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 2.0: Projek pembangunan semula untuk kebajikan penduduk (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 3.0: Sawah padi sebagai salah satu kegiatan ekonomi (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 4.0: Hospital Sik sebagai kemudahan sosial (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 5.0: Keda Agrobiz sebagai tempat penanaman kopi (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 6.0: Masjid Ubudiyah di Kampung Sungai Pau (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 7.0: Penternakan biri-biri sebagai kegiatan ekonomi (Sumber: Koleksi persendirian) |
![]() |
Gambar 8.0: PASTI Al-Azhar sebagai kemudahan pendidikan (Sumber: Koleksi persendirian) |
Pengenalan Diri
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Nama saya Nurin Adlina binti Nasaruddin dan merupakan pelajar bagi daripada PISMP Ambilan Jun...

-
Antara isu yang berlaku dari segi aspek sosial ialah masalah jaringan internet. Tidak semua kampung mendapat liputan internet atas fa...
-
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Nama saya Nurin Adlina binti Nasaruddin dan merupakan pelajar bagi daripada PISMP Ambilan Jun...