Monday, March 25, 2024

Latar Belakang Daerah Sik

      Dalam melengkapkan kajian saya iaitu Sejarah Sosioekonomi di Daerah Sik, kaedah wawancara dijalankan bersama dua orang sumber iaitu Yang Berhormat Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Puan Karmila binti Khalib iaitu Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Sik. Menurut pendapat kedua-dua informan tersebut, daerah Sik berasal daripada perkataan “Syed” atau “Syeikh” yang datang daripada Arab. Kedua-dua pendapat tersebut disokong melalui buku yang dikarang oleh Ahmad Zaharuddin yang berjudul Sejarah Kedah Dua Millenia iaitu keluaran 2016 oleh UUM Press. Para mubaligh berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan Kompleks Perniagaan Alamanda (bekas tapak Shell), di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Menurut Puan Karmila (2024), daerah Sik berkeluasan 166473.59 hektar. Secara ringkasnya, keluasan Sik terbahagi kepada 4 mukim iaitu Mukim Sik, Mukim Sok, Mukim Jeneri dan Mukim Teloi.


Gambar 1.0: Puan Karmila binti Khalid
                                    (Sumber: Koleksi persendirian)

Gambar 2.0: Yang Berhormat Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya
                                         (Sumber: Koleksi persendirian)


No comments:

Post a Comment

Pengenalan Diri

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Nama saya Nurin Adlina binti Nasaruddin dan merupakan pelajar bagi daripada PISMP Ambilan Jun...