Monday, March 25, 2024

Sosioekonomi di Daerah Sik

 

       Dari segi sosial, dapat dilihat majoriti masyarakat Melayu yang paling ramai di daerah Sik. Diikuti dengan masyarakat Siam dan Cina. Bagi masyarakat India kurang. Kebanyakan masyarakat Cina tertumpu di Pekan Batu 5 kerana mempunyai banyak kedai untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti perniagaan. Agama yang dominan di daerah Sik ialah agama Islam. Kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, internet dan bekalan air yang diuruskan oleh Pejabat SADA Daerah Sik. Keistimewaan daerah Sik ialah kurangnya pencemaran seperti kesesakan lalu lintas kerana Sik masih lagi membangun. Bagi menjaga kebajikan penduduk di daerah Sik, mahkamah turut dibina dan proses tersebut masih berlangsung. Penduduk Sik diibaratkan persis peribahasa Melayu “muafakat membawa berkat” iaitu saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti gotong-royong mengikut kawasan setempat. 

       Daerah Sik dikatakan sebagai bumi pertanian. Hal ini disokong dengan pendapat YB Uztaz Tarmizi (2024) dengan mengatakan Sik mempunyai geografi yang luas iaitu kawasan yang diliputi oleh bukit-bukit dan hutan-hutan serta tanah pamah serta dengan aktiviti pertanian seperti penanaman getah. Buktinya dalam Sinar Harian Sik menjadi pengeluar utama bagi lateks yang terbesar yang berkeluasan 7381 hektar di Malaysia selepas daerah Baling (Siti Zubaidah, 2021). Maka, tidak hairanlah pendapat yang diutarakan oleh YB Ustaz Tarmizi & Puan Karmila (2024), pekerjaan utama penduduk di daerah Sik ialah penoreh getah. Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam dan udang turut dijalankan. Penaman kopi iaitu Robusta di Keda Agrobiz juga menjadi kegiatan ekonomi yang berjaya memenuhi permintaan pasaran serta diiktiraf oleh kerajaan. Penggunaan tanah yang ada digunakan secara optima tetapi terdapat hutan-hutan seperti Hutan Lipur Lata Embun dan Hutan Simpan Ulu Muda yang dijaga untuk keseimbangan alam semula jadi. Agropelancongan turut bergiat aktif seperti di Tasik Beris.

Gambar 3.0: Pekerjaan penduduk di daerah Sik
                                                                           (Sumber: DOSM (2022))

No comments:

Post a Comment

Pengenalan Diri

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Nama saya Nurin Adlina binti Nasaruddin dan merupakan pelajar bagi daripada PISMP Ambilan Jun...